Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, January 3, 2018

...yang Hilang 1


Dia merenung keluar tingkap. Tangan kanannya yang disembunyikan di dalam poket berulang kali menggigil untuk beberapa saat sebelum kembali normal. Melalui tingkap itu, dia dapat melihat sebuah bukit yang menghijau.
"Macam mana keadaan awak sekarang?" Suara itu membuatkan dia berhenti merenung bukit yang jelas kelihatan di luar tingkap.
"Saya terbangun dari tidur, tengah malam semalam," dia menyandarkan badan di tepi jendela, "untuk seketika, saya rasa lega bila terbangun dari mimpi ngeri. Untuk beberapa saat.. saya fikir yang saya terlepas dari mimpi ngeri dan realiti mula datang menerpa, membuatkan saya sedar.. benda tu betul-betul terjadi. Saya tak boleh lari dan tak boleh bangunkan diri saya.." dia membasahkan bibir dan mengerling ke arah tingkap. Bukit yang sama menjadi tumpuannya.
"Awak masih rasa yang awak dah sedia untuk bekerja semula?" dia memandang lelaki yang duduk di atas sofa tunggal. Lelaki itu memegang pen di tangan kiri dan tangan kanan memegang buku nota yang diletakkan di atas paha.
"Sampai bila saya nak berlari, lari ke hujung dunia pun kenyataan tetap sama." lelaki itu menulis sesuatu di atas buku nota dan kemudian memandang ke arahnya atau lebih tepat lagi, ke arah tangan kanannya yang disembunyikan di dalam poket jaket hitam.
"Saya boleh luluskan supaya awak boleh bekerja semula.. tapi saya tak syorkan awak untuk menggunakan senjata api buat masa terdekat ni." Tangan kanannya sekali lagi bergerak mengejut. Dia mengenggam tangan kanannya dan menelan air liur kesat.
Bang! Bang!
Bunyi tembakan berdengung di telinganya.
"..such a tragedy Miss Sophia. Saya tak rasa memori buruk tu akan hilang dalam sekelip mata. Awak boleh datang sini bila-bila masa.., I'll be here, always." Pandangannya kembali terarah kepala lelaki itu. Dia tersenyum nipis dan perlahan-lahan melangkah ke arah lelaki itu. Dia melabuhkan punggung di atas sofa yang bertentangan dengan lelaki itu.
"Sepanjang saya bekerja, saya pernah nampak yang lebih teruk..," dia menghela nafas panjang, "tak ada bezanya dengan apa yang terjadi dua bulan lalu." katanya dengan suara perlahan dan hampir berbisik.
"Saya tahu.. tapi yang ini terlalu personal. Arwah, rakan sekerja awak." dia mengetap gigi dan melarikan pandangan dari pandangan yang menikam dari lelaki itu.
Bang!
Tangan kanannya bergerak dengan tiba-tiba sekali lagi, kali ini lebih keras sehingga mengundang perhatian lelaki itu. Dia menggenggam tangan kanannya.
"Tak ada orang berhak untuk hidup dengan memori buruk macam ni." Kata lelaki itu memandang ke arah tangan kanannya dan kemudian mukanya. Dia tersenyum tawar.
"I'll be okay," Katanya dan kini berani memandang tepat ke mata lelaki itu, "baby's step.. but will be, okay." dia masih lagi bertentang mata dengan lelaki itu sehingga lelaki itu duluan yang melarikan pandangannya.
Lelaki itu mengeluh perlahan dan kemudian menarik satu borang putih yang tersadai di atas meja kopi yang terletak di antara mereka berdua. Lelaki itu memandang sekilas ke arahnya sebelum menandatangani borang tadi dan menolak borang tadi dekat padanya.
Dia mengambil borang tadi dengan tangan kirinya dan tersenyum nipis.
"Saya tetap preskipsikan ubat yang sama seperti sebelum ni," kata lelaki itu sebelum wajah lelaki itu menyeringai seperti menahan sakit. Lelaki itu menggosok-gosok kaki kiri seketika.
"Doktor, okay?" Katanya tanpa berkelip. Bukan pertama kali dia melihat lelaki itu menahan sakit seperti itu.
"Ah.. benda biasa. Kaki tua ni dah patut hantar pergi recycle." Terselit nada gurauan dalam bicara lelaki itu.
"Come on Doc, Awak tak tua sangat. Saya rasa, kita hampir sebaya."
Lelaki itu tersenyum lebar. Tangan lelaki itu masih berada di atas paha dan sesekali lelaki itu menggenggam paha atau mengurut paha lelaki itu.
"Sejak lahir atau...?" Mulutnya memuncung menunjuk ke arah kaki kiri lelaki itu apabila lelaki itu memandang ke arahnya. Lelaki itu berhenti mengosok paha dan memandang ke arah kakinya.
"Kemalangan." Jawab lelaki itu sepatah sambil tersenyum segaris dan kemudian mengeluh perlahan sambil memandang ke arah bukit yang tadi menjadi tumpuannya.
Penggera dari telefon bimbit lelaki itu berbunyi.
"Time's up." Katanya sambil memandang ke arah jam di dinding bilik lelaki itu.
"Masa berlalu dengan cepat. Saya harap masa juga sembuhkan kedukaan awak." Kata lelaki itu sambil memegang tongkat yang disandarkan di tepi sofa.
"Secara logiknya, masa tak sembuhkan apa-apa.. kita cuma terlupa seiring dengan waktu.." Katanya sambil berdiri dan memandang lelaki itu yang sedang kepayahan untuk berdiri.
"Tak ingat, tak bermakna kita lupa." Kata lelaki itu dengan sedikit mengah. Kelihatan lelaki itu kepayahan untuk berdiri dengan sendiri. Tangan lelaki itu memegang erat tongkat untuk berdiri tegak.
"Sesi terakhir..," dia tersenyum lagi bila lelaki itu tersenyum, "I see you, when I see you, Doc.." dia berjalan menuju ke pintu namun berhenti setelah beberapa langkah apabila lelaki itu mula bersuara.
"Mengenai mimpi awak yang kita bincangkan tempoh hari..seorang budak yang ditembak di atas bukit." Dia berpaling semula menghadap lelaki itu.
"Awak siasat lebih dalam lagi mengenai perkara tu ke?" Lelaki itu berjalan sedikit ke arahnya dengan langkah yang sedikit terjengket-jengket.
"Kenapa saya kena buat macam tu? Mimpikan mainan tidur." Lelaki itu tersenyum nipis mendengar jawapannya.
"Awak kata yang awak mengalami mimpi tu berulang-ulang kali.. mungkin mimpi tu terhasil dari pecahan memori awak. Subconscious memory. Kejadian yang awak alami ini mungkin salah satu sebab memori tu timbul kembali." Dia terdiam seketika dan kemudian tersenyum lebar.
"Do you realize how fucked up it is, Doc.. if the dream was actually a memory?" dia menelan air liur kesat dan kemudian membasahkan bibirnya, "saya tak sanggup fikirkan kalau perkara tu betul-betul terjadi. Seorang remaja lelaki ditembak dan saya hanya mampu melihat dari jauh," dia menggelengkan kepala, "jeritan demi jeritan meminta tolong tapi masih tiada siapa yang dapat selamatkan dia?"
Dia memandang ke wajah lelaki itu.
"Tiada siapa yang berhak hidup dengan memori seperti itu.. the memory should be forgotten..abandoned." Selepas sahaja menoktah ayatnya, dia memandang riak wajah lelaki itu. 
Lelaki itu tersenyum nipis dengan rahang kelihatan diketap. 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37