Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, January 11, 2018

...yang Hilang 3

…yang Hilang 3
Dia melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat di dalam balai polis daerah (IPD) tempatnya bertugas. Terdapat beberapa kaunter di ruangan depan IPD itu. Beberapa orang pegawai yang duduk di belakang kaunter memberi tabik hormat kepadanya apabila dia masuk ke ruangan itu.
“Selamat pagi, Puan.” Dia memandang ke arah pegawai yang memberi salam. Dia menganggukkan kepala dan memberi senyuman kepada anggotanya. ‘Dia memang sengaja biarkan Tuan Farhan mati..’ Bisik satu suara. Dia berpaling semula ke arah pegawai tadi apabila terdengar bisikan itu. Pegawai tadi kembali sibuk dengan kerja-kerja di belakang kaunter.
 Dia menolak satu pintu kaca yang mempunyai tanda amaran, melarang orang awam untuk memasuki ruangan di sebalik pintu kaca itu.
“Puan..” Seorang lagi pegawai memberi tabik hormat kepadanya apabila bertembung dengannya. ‘Dia sengaja nak bunuh Tuan Farhan’ Sekali lagi bisikan itu kedengaran di telingannya. Dia memandang pegawai itu namun pegawai itu kehairanan melihatnya. Dia berjalan ke arah meja kerjanya dan meletakkan beg bimbit di atas meja. Dia merenung seketika meja kosong di sebelah meja kerjanya. ‘Pembunuh!’ Dia terus memandang sekeliling. Kelihatan semua pegawai sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Dia mengorek beg dan mengeluarkan sebotol pil.
“Selamat kembali, Puan..” Seorang pegawai lelaki berdiri di hadapan mejanya dan meletakkan secawan kopi di atas mejanya. Dia tersenyum dan kemudian memasukkan semula botol pil tadi ke dalam beg.
“Ren. Terima kasih.” Dia kelihatan begitu kelam kabut menyusun meja kerjanya dan meletakkan beg di bawah meja.
“Puan okay tak?” Pertanyaan Ren membuatkan dia mengurut dahi.
“Hah?” Dia sedar yang Ren sedang memandang ke arah tangan kanannya. Dia terus memandang ke arah tangan kanannya yang diletakkan di tepi meja. Kelihatan tangannya menggeletar sedikit.
“Oh.. Tangan saya terseliuh,” katanya sambil menyembunyikan tangannya ke dalam poket seluar. Seorang anggota polis masuk ke dalam pejabat. Pembunuh! Sekali lagi dia terdengan jeritan itu. Dia menutup matanya dan menggigit bibir.
“Puan okay?” Ren mengerut dahi.
“Okay.” Tangannya diangkat untuk menahan Ren dari bertanya lagi soalan yang sama. Dia terpandang seutas rantai emas putih di atas meja kerjanya. Ren turut memandang sama.
“Oh.. saya kemas meja-” Ren kelihatan serba salah, “-Tuan Farhan.. untuk pegawai yang baru masuk. Saya jumpa rantai ni dalam tersangkut di dalam laci meja. Ada nama Puan..” Kata Ren perlahan.  
“Saya kena keluar..,” dia mengeluh bila terpandang meja yang kosong di sebelahnya, “Saya nak keluar.. sekejap.” dia sempat melihat Ren kebingungan sebelum melangkah keluar dari ruangan itu.
“Um..err”
Dia mencuci muka di singki dan kemudian memandang wajahnya di cermin. Kelihatan pegawai polis lelaki berdiri di hadapan pintu tandas. Dia terus menoleh ke belakang.
“Saya tahu sekarang ni banyak debat mengenai jantina dan gender.. tapi logo tandas masih sama. Logo orang yang pakai skirt, khas untuk pegawai perempuan dan yang logo macam tak pakai apa-apa tu tandas untuk lelaki. The rules still applied in Malaysia at least.” Dia membiarkan air dari wajahnya menitik membasahi baju.
“Dan kalau awak tak sempat nampak logo yang… agak besar tu. Awak boleh tengok di tepi sebelah kanan..” dia ikut memandang ke arah yang ditunjukkan oleh pegawai polis lelaki itu, “Eh.. My right, but on your left.. ada toilet bowl. Women can’t do that.” Kata pegawai polis itu sambil menggeleng dan menunjuk ke arah mangkuk tandas yang terpasang di tepi dinding.
Dia memandang sekeliling. Terasa agak kebingungan seketika. Dia sendiri tidak ingat bila dia masuk ke dalam tandas itu. Dahinya berkerut dan dia berpusing memandang cermin. Cuba mencari ayat sebelum dia berpaling kembali ke arah lelaki tadi.
“Awak siapa?” Tanyanya..
Dia boleh lihat pegawai lelaki itu mengerutkan dahi.
“Saya…”
“Berikan saya masa sekejap.” Katanya dengan memotong ayat pegawai lelaki itu. Biarpun dia melihat pegawai lelaki itu tercengang-cengang, terus mencuci mukanya dan kemudian memandang semula ke cermin.
Nah.. kau punya hadiah.” Dia membuka kotak yang dibaling ke atas pangkuannya. Seutas rantai yang mempunyai ukiran namanya di dalam kotak itu. Dia memandang ke arah si pemberi namun kelam.. memorinya menjadi kelam.  
“Siapa,” bisiknya perlahan, “bukan Farhan..” dia menggeleng kepala perlahan.
“Maaf ganggu.. tapi saya kena masuk tandas sekarang.” Dia mengeluh bila mendengar lagi suara pegawai lelaki tadi.
“Tingkat 2, sebelah bilik bukti.” Katanya sambil menarik tisu di sebelah singki dan kemudian mengelap mukanya. Pegawai lelaki itu mengerut dahi bila dia memandang ke cermin.
“Tandas.” Jelasnya dengan pendek. “ Kalau awak dah tak tahan sangat.” Sambungnya sambil membuang tisu ke dalam tong sampah.
“Oh.” Pegawai lelaki itu menggaru kepala bila dia memandang ke cermin. “ Tapi.. boleh tak saya.” lelaki itu menunjuk ke dalam tandas.
Dia cuba untuk tumpukan perhatian kepada ayat pegawai lelaki itu tapi di dalam kepalanya terus berkecamuk dengan soalan-soalan yang tiada jawapan. Siapa…di mana? Dia cuma mengerahkan otaknya dan menyelongkar memorinya.  Suara di dalam kepalanya kembali bertanya.
 “Memandangkan saya dah sampai di hadapan tandas lelaki,Kata lelaki itu lagi. Dia memegang kepalanya. Cuba fikir.. cuba fikir.. bisik hatinya. Dia mula terasa ada satu sudut kosong di dalam memorinya. Kedua-dua tangannya berpaut pada singki.
Hello..” Dia mendengus. Sekali lagi pegawai lelaki itu menganggunya.
“Tandas ni rosak! Rosak!” Katanya sambil berpaling menghadap pegawai lelaki itu. “Kan dah ada tulis kat tepi pintu tu.. rosak!” Jeritnya lagi.
“Kalau dah rosak, kenapa dia masuk juga…” Jelas kedengaran rungutan dari pegawai lelaki yang sedang cuba membuktikan kata-katanya dengan membaca notis yang dikatakan olehnya sebentar tadi. Dia terdiam. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia masuk ke situ. Lebih tepat lagi, dia sendiri tidak sedar yang dia berjalan masuk ke situ. Dia meraup wajah dan menarik nafas panjang.
“O.M.G! Kau ni memang menjengkelkan..” Dia menjeling dari melihat susuk tubuh di sebelahnya.
“But.. you love me. Always..” Kata suara itu sambil tertawa. Farhan? 
“Ya.. kalau sehari korang tak buat aku muntah, boleh tak?” Dia memandang ke sebelah kirinya. Farhan menunjukkan reaksi ingin termuntah. Farhan? Bisik hatinya lagi. Farhan tersenyum bila mereka berbalas pandangan. Tiba-tiba rantai putih dipakaikan di lehernya.
“Mine.” Farhan tersenyum nipis, dan dia berpaling melihat pemilik suara tadi.. namun dia tetap tidak dapat melihat wajah si pemilik suara.
“Maaf,” katanya perlahan sambil berjalan keluar dari tandas itu, “Awak boleh guna tandas ni.” Sambungnya sambil dia mengoyakkan notis yang tertampal di tepi pintu tandas. Pegawai lelaki itu mengerut dahi.
“Salah seorang dari pegawai di sini sengaja buat macam ni.. Mak cik cleaner pun percaya dengan notis ni selama.. sampai sekarang.” Katanya dengan senyuman pahit sambil tangannya meronyokkan kertas notis tadi.
“Sehari sebelum…” Matanya seakan berair. “Dia terlupa nak buka notis ni.. tak sangka sampai sebulan, dua notis ni tampal kat sini. Anyway, off you go.” Katanya sambil tangannya dihalakan ke arah pintu tandas. Pegawai lelaki itu mengerut dahi namun memandangnya dengan pandangan simpati.
“Theresa Sophia, kan?” Tanya pegawai itu dari hadapan pintu tandas.
“Ya. Rafiq, right?” Tanyanya pula.
“Ya saya.” Jawab pegawai lelaki itu dengan senyuman.
“Tak payah formal sangat. Sebab lepas ni kita akan bekerja bersama. Consider this not our first meeting, if you feel awkward with me.”
Jadi.. kau dan aku, then?” Pegawai itu mengangkat kening sebelah. Dia hanya menjongket bahu. Dia berpaling semula selepas melangkah dari hadapan pintu tandas tadi. 
Pegawai lelaki itu sudah melangkah masuk ke dalam tandas. Dia mengerutkan dahi. Wajah pegawai tadi.. seperti tidak asing di dalam memorinya yang sedang berkecamuk itu. 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37