Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, January 15, 2018

...yang Hilang 4


Dia sedang berjalan sambil membaca beberapa laporan kes yang diterimanya pagi tadi. Bunyi kasut tumit tinggi membuatkannya memberhentikan langkah. Bunyi tapak kasut itu juga semakin perlahan dan sepasang kaki yang memakai kasut tumit tinggi Jimmy Choo berhenti dihadapannya. Dia mendongakkan kepala dan kemudian menjongket kening apabila melihat si pemilik kasut.
“Macam mana rasanya hampir membebaskan pembunuh tunang sendiri?” Katanya tersenyum tepi. Dia menutup fail laporan kes dan meletakkan ke tepi badannya. Pemilik kasut Jimmy Choo mengetap bibir.
“Macam mana rasanya, bebas lepas bunuh kawan sendiri?” Mata yang bulat, dibesarkan sebesar-besarnya sambil mengetap gigi. Kalau bukan kerana dakwaan dari pemilik suara tadi, dia sudah ketawa terbahak-bahak melihat ekspresi wajah pemilik kasut Jimmy Choo tersebut.
Dia menarik nafas panjang sebelum menatap tajam ke mata pemilik suara itu.
“Ya.. tangan aku berada di picu dan ya,” tangannya seperti mengelap habuk di bahu baju kot yang mungkin berjenama Dolce and Gabbana atau Armani yang dipakai oleh wanita itu kerana wanita di hadapannya itu tidak mungkin memakai jenama Jalan Tar, “aku tarik picu tu.” dia tersenyum palsu.
Wanita itu membulatkan mata mendengar pengakuannya dan kemudian menampar pipinya dengan kuat.
“Aku ingat kau gembira bila dah dengar apa yang kau nak dengar selama ni.,” katanya seperti bernada hampa, “Oh well.. aku patut lebih tahu. Perempuan macam kau takkan pernah puas hati.” Dia menolak bahu wanita itu untuk memberikannya jalan dan mula berjalan meninggalkan wanita itu.
“Nahh… kau tak ada killer vibe tu.. Tak sepadan dengan profil pembunuh-pembunuh yang aku pernah jumpa.” Dia memandang Rafiq yang bersandar di sebalik dinding. Rasanya dia tak perlu tanya, Rafiq sememangnya mencuri dengar ‘perbualannya’ dengan Erina. Keletak-keletuk kasut Jimmy Choo kedengaran sehingga ke hujung laluan sementara Rafiq masih lagi bersembunyi di sebalik dinding.
“Kau buat apa di sini? Dah tak ada kerja?” Dia meneruskan perjalanannya menuju ke pejabat. Rafiq berjalan seiring dengannya.
Your hand, .. Aku tak rasa kau boleh sembunyikan tangan ke dalam poket sepanjang masa.” Dia mengurut tangan kanannya.
“Tak pergi check ke? Mungkin bahaya kalau biar macam tu..”
“Kenapa? Kau takut aku tertembak kau dengan tangan ni ke?” Dia tahu yang Rafiq dengar apa yang dia katakan pada Erina sebentar tadi dan dia tahu lelaki itu faham apa yang dia katakan. Rafiq menjongket kening sebelah.
“Peringatan untuk diri sendiri, aku kena pakai baju kali peluru sebelum pergi kerja besok..” Rafiq tersengih bila dia menjeling lelaki itu.
“Tak lucu.” Dia bergerak untuk meninggalkan Rafiq.
“Tuan Helmi nak jumpa wei!” Laung Rafiq. Dia mengeluh lemah dan berjalan ke arah bertentangan dari laluan pejabat.
“Arggh! Kenapa orang tua ni obses sangat dengan aku?” Rungutnya sendiri. Rafiq berjalan di tepinya, “kau memang tak ada kerja ek?” dia berhenti dan memang Rafiq.
“Ada. Tapi aku lebih suka tengok kau kena bebel dengan Tuan Helmi.” Rafiq tersenyum lebar dan kemudian mendepakan tangan kanannya seperti menunjuk arah.
Pain in my ass..” Bisiknya dengan nada perlahan. Rafiq tergelak kecil.
Lelaki itu mengekori langkahnya sehinggalah dia berdiri di hadapan pintu bilik ACP Helmi. Dia memejamkan mata seketika dan kemudian menarik nafas panjang. Rafiq tersengih di sebelahnya.
Scram.. Get a life.” Katanya sambil menolak bahu Rafiq tergelak kecil. Dia menggeleng kepala. Dia menghadiahkan jelingan buat Rafiq dan perlahan-lahan menolak daun pintu.
“Assalammualaikum, Tuan”
ACP Helmi sedang rancak menaip sesuatu di komputer riba dan tidak mengangkat pandangan biarpun sedar yang dia berdiri hadapan meja ACP Helmi itu. ACP Helmi menolak satu surat putih di atas meja tanpa melarikan pandangan dari komputer riba.
“Saya bagi awak cuti lagi sebulan.” Kata ACP Helmi dengan tegas. Dia mengerut dahi dan mengambil surat putih tersebut. Setelah membaca isi kandungan surat tadi, dia meletakkan kembali surat tadi di atas meja.
“Tak” Jawabnya sepatah. ACP Helmi mengeluh perlahan dan kemudian menolak komputer riba ke tepi dan membuka cermin mata untuk mengurut batang hidungnya. Selama beberapa minit, mereka hanya mendiamkan diri.
“Cuba sekali je awak ikut arahan saya!” ACP Helmi menampar meja dan menyebabkan dia tersentak sedikit namun dapat mengawal reaksinya dan bertenang.
“Saya dah hampir tiga minggu turun bekerja.. kenapa sekarang? Kenapa saya kena bercuti?” ACP Helmi mendongak memandang ke arahnya dengan riak wajah tidak percaya yang dia berani menyoal ketuanya. ACP Helmi mengeluh dan kemudian menggeleng kepala.
“Kamu tahu apa yang kamu dah buat? Suspek pembunuhan terlepas di bawah jagaan kamu. Semuanya masih dalam siasatan. Farhan dah tiada. Kamu nak tanggung semuanya sendiri?” Dia menundukkan badannya dan tangan berpaut di meja membuatkan ACP Helmi terundur ke belakang sedikit.
“Pelik, kenapa suspek yang dah dimasukkan dalam lokap boleh terlepas?” dia mengerut dahi dan namun memandang ACP Helmi dengan pandangan curiga, “Tuan mesti tahu jawapannya memandangkan Tuan orang terakhir yang melawat suspek.” Katanya dengan nada perlahan. Mata ACP Helmi terbutang luas. Dia tersenyum sinis.
“Kau jangan nak tuduh-tuduh aku!” ACP Helmi bangun dan menunding jari ke mukanya. Dia tersenyum nipis. ACP Helmi menarik nafas panjang dan menghempas punggung di kerusinya.
“Mereka tak mahu tengok kamu bekerja di sini. Farhan mungkin dah ‘korek lubang’ yang dia tak sepatutnya korek.” Dia menjongket kening sebelah.
“Sekarang dia dah tak ada, dan semua benda yang dia dah lakukan akan mengejar awak. Ressa.. ambil nasihat saya ni. Stay low from now. Berhenti dari sini kalau boleh.” ACP Helmi memohon dengan suara yang sangat tegas.
“Apa yang Tuan cuba sampaikan?” Dia melarikan pandangan apabila ACP Helmi hanya memandang ke arahnya.
Dia tergelak untuk melindungi rasa keliru atau juga gemuruh. “Apa pun benda tu, saya tak takut dan saya takkan lari,” katanya tanpa menunggu jawapan ACP Helmi. ACP Helmi menutup mata dan menggelengkan kepala.
“Kamu patut takut.” Kata ACP Helmi dengan mata yang membulat, “atau peristiwa 17 tahun lalu terjadi lagi.” Kata ACP Helmi dengan perlahan.
Dia mengetap mulutnya. Tangan kanannya menggeletar dan telinganya terasa berdengung dan kedengaran agak bingit.
“Saya dah penat berlari,” katanya sambil memandang tepat ke mata ACP Helmi, “terlalu penat,” tambahnya lagi dengan nada mendatar. 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37