Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, January 31, 2018

yang Hilang 6

Dia merenung skrin komputer yang gelap di hadapannya dan kemudian mengeluh panjang. Dia memusingkan kerusi dan memandang meja Farhan yang kini diduduki oleh Rafiq. Rafiq sedang sibuk menaip dan membaca sesuatu.
“Ress.. aku nak tanya sesuatu..” Farhan memusingkan kerusi menghadap ke arahnya.
“Pelik..” Dia mengerut dahi, pen diletakkan di atas meja. Farhan tersenyum nipis.
“Kau masih ingat macam mana mak dan ayah kau…er..” Dia tersenyum memandang Farhan.
“Kemalangan.” Jawabnya pendek. “Mak dan ayah aku terlibat dalam kemalangan. Ya, aku ingat.” Dia memusingkan kerusinya menghadap Farhan..
“Aku boleh dakwa kau dengan ganggu seksual kalau kau terus pandang aku macam tu..” Rafiq menjongket kening sebelah. Baru dia perasan yang Rafiq memakai cermin mata.
“Aku rasa.. aku pernah nampak kau sebelum ni.” Dia mengaru dagu.
“Kita pernah jumpa sebelum ni?” Tanya Rafiq sambil mengerut dahi.
Dia mengecilkan mata dan mendekatkan badan ke meja Rafiq. Rafiq mengundurkan kerusi sedikit. Mujur pejabat dibekalkan dengan kerusi beroda.
“Aku betul-betul akan dakwa kau kerana gangguan seksual.” Kata Rafiq yang semakin menjauh.
Dia membesarkan mata dan mengangkat kedua-dua tangannya.
“Tolong jangan perasan sangat. Aku tak selera dengan budak jambu macam kau.” Katanya sambil memusingkan kerusinya ke meja semula.
 Rafiq membutangkan mata.
“Budak? Eh, Kau tu muda dari aku tau.. sepatutnya kau panggil aku abang. Hormat sikit orang tua..” Rafiq berkata dengan nada bongkak. Tiba-tiba Ren meletakkan satu fail di atas meja Rafiq.
“Puan dah masuk 34 tahun..” Bisik Ren dengan perlahan dan kemudian kelam kabut berlari ke meja sendiri apabila menerima renungan tajam darinya. Rafiq menelan air liur sambil mengira sesuatu menggunakan jari.
“Beza tujuh tahun?” Mata Rafiq terbutang.
“Ya dik?” Kata Ressa mula mengusik sambil menjongket kening beberapa kali. Rafiq terlopong.
“Kau bedah plastik ke apa?” Rafiq masih merenung wajahnya.. dan kemudian tersenyum, “Aku tak percaya.” Rafiq menggeleng kepala. Dia tergelak kecil dan kemudian terpandang rantai putih yang diletakkan di dalam kotak kecil di tepi meja.
“Kenapa kau tanya?”
Farhan menggeleng perlahan.
“Tak ada.. kes yang aku sedang siasat ni..” lama Farhan terdiam sambil tunduk memandang jari, “macam hampir sama dengan kes mak dan ayah kau..” Kata Farhan perlahan. Dia mengerut dahi.
“Hampir sama? Maksud kau?” Farhan mendongak memandang wajahnya.
“Tak apalah.. aku cuma terkenang. Em.. aku dah lama tak nampak kau pakai rantai yang selalu tu.. rosak ke?” Dia meraba lehernya. Kemudian baru terfikir yang dia takkan pakai rantai ketika bekerja. Dia mengerut dahi..
“Alamak A’an.. aku tak ingat kat mana aku letaklah.. Nanti balik rumah aku cari..aku cari sampai jumpa..”
Dia terundur sedikit bila tiba-tiba Rafiq ada di hadapannya.
“Aku masih tak percaya selagi tak nampak bukti.” Dia tergelak kecil melihat tingkah Rafiq.
“Apasal? Kalau terbukti aku tua dari kau, kau akan panggil aku, akak ke?” Rafiq terundur ke belakang bila mendengar pertanyaannya.
“Mesti kau marah kan?” Farhan mendiamkan diri dari tadi.
“Nak marah kenapa?” Tanya Farhan sambil memandang ke arahnya.
“Sebab aku hilangkan rantai yang kau bagi.”
Dia sedar yang kad kuasa tidak tergantung di pakaian seragamnya, dia menyelongkar beg tangan dan menarik keluar kad kuasa yang tersimpan di dalam beg. Seutas rantai putih terjatuh ke atas lantai. Dia memandang Rafiq tunduk untuk mengambil rantai yang jatuh.
“Nah.. simpan barang merata-rata.” Dia mengambil rantai putih tadi sambil matanya melirik ke arah rantai yang mempunyai rekaan yang sama seperti di dalam kotak di atas meja. Perlahan-lahan dia melirik ke arah Rafiq yang sedang fokus memandang kad kuasa miliknya.
“Tadaaa.. Aku dah jumpa rantai ni.”dia mengangkat rantai di hadapan muka Farhan, “rupanya aku simpan dalam bekas brooch.” Farhan memegang rantai tersebut dan melarikan jari di atas ukiran nama Ressa,
“Kau tak tipu kan? Makcik Ressa” Rafiq menjongket-jongket kening kepadanya.
 Dia menyimpan rantai tadi ke dalam beg tangannya. Dia berdiri di sisi Rafiq dan kemudian menendang kaki lelaki itu.
Rafiq terlompat sebelah kaki sambil menggosok kaki yang ditendangnya.
“Itu akibatnya kalau panggil aku tu,” katanya dengan nada selamba sebelum meneruskan kerjanya.
****
Kamal menyimpan barang-barang peribadinya dan menutup pintu loker. Kamal menanggalkan baju dan meletakkan baju di atas kerusi panjang. Kedengaran bunyi pintu di tolak dari luar. Kamal melakukan rengangan badan di tepi kolam renang. Pusat Akuatik lengang, mudah untuk Kamal mendengar tapak kaki yang datang ke mendekati.
“Kau datang juga..” Kamal berpaling ke belakang namun Kamal terus tersungkur apabila ditendang dengan kuat.
“Argg!” Rambut Kamal ditarik dengan kuat sebelum sempat berdiri. Belum sempat melakukan apa-apa, bahu Kamal dicengkam dengan kuat dan air mula membasahi wajah. Nafas mulai sesak, bau klorin mula menusuk ke hidung. Telinga juga seperti dibanjiri dengan air. Kamal cuba berdiri, mengeluarkan kepala dari air, menendang lagi dan lagi sambil tangan cuba melepaskan cengkaman di bahu.
Tekanan terasa berkurangan, Kamal berhenti mencuba, mula terasa penat. Cengkaman dibahu dilepaskan, bunyi tapak kaki yang sedang berlari semakin perlahan dan menjauh. Kedengaran bunyi pintu ditarik dan terhempas sendiri.
****
“Hah..” Dia termenung di hadapan komputer.
Rafiq sedang menguap dan bermain dengan telefon di tangan.
Ren duduk menongkat dagu sambil cuba membuka mata yang hampir terlelap.
“Woi! Tak ada kerja ke?” Jerit Max yang baru masuk ke dalam pejabat.
Bum!
Mereka masing-masing memandang ke arah Ren yang tersembam di meja dan kemudian menggeleng kepala.

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37